Vape haram ?

vaper

 

Keputusan Kementerian Kesihatan untuk mengharamkan rokok elektronik atau vape dalam masa terdekat bagi mengelakkan risiko lebih buruk kepada kesihatan mendapat pelbagai reaksi negatif daripada penggunanya.

Rata-rata pengguna Facebook daripada kumpulan ‘Vapor Malaysia Open Group’ berterusan mengkritik keputusan tersebut yang dianggap tidak wajar dan tidak ber­asas.

Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Hijazi Nawi berkata, dia kesal dengan pengumuman tersebut kerana jelas akan menjatuhkan perniagaan anak muda yang majoritinya orang Melayu.

“Pengusaha vape majori­tinya adalah anak muda Melayu. Bagaimana Melayu nak maju, baru terjebak dalam bidang perniagaan dah diganggu kerajaan,” katanya.

Keluhan yang sama turut dikongsi seorang lagi pengguna Facebook dikenali sebagai Azrul Sham yang kecewa dengan tindakan kerajaan mengganggu industri vape negara daripada terus berkembang.

“Takkan kerajaan sanggup mengharamkan vape semata-mata kerana digesa syarikat rokok? Mungkin pungutan cukai daripada tembakau berkurangan kerana makin ramai perokok bertukar kepada vape. Ini semua soal cukai?,” katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Asyraf Anuwar pula berkata, kajian daripada seluruh dunia tidak membuktikan bahawa vape memudaratkan kesihatan, malah hanya di Malaysia, vape ‘mengundang risiko’ kesihatan.

“Vape boleh menyebabkan kanser? Kajian mana yang cakap tu? Sedangkan World Health Organization (WHO) pun belum dapat sahkan apa-apa keburukan penggunaan vape sebagai alternatif untuk rokok,” katanya.

Tidak kurang juga segelintir pengguna dilihat mengeluarkan kenyataan sinis dan tidak akan berhenti menggunakan vape sekalipun diharamkan oleh kerajaan.

Aizuddin Fikri berkata, dia akan terus menggunakan vape tersebut secara ‘underground’ walaupun diharamkan kerana sedikit-seba­nyak dapat mengurangkan tabiat merokoknya.

Menurut seorang lagi pengguna Facebook dalam laman itu, Syed Mahdar, dia telah tiga bulan dapat menghentikan tabiat merokoknya yang teruk dengan penggunaan vape.

“Dulu saya adalah perokok tegar, darah saya perlu nikotin, kini, tiga bulan saya dah berhenti merokok dengan mengamalkan budaya vape. Alhamdulillah kini saya bebas daripada rokok,” katanya.

Sementara itu, masih terdapat segelintir pengguna Facebook yang menyokong tindakan kerajaan untuk mengharamkan vape dalam masa terdekat itu.

Pengguna Facebook yang dikenali sebagai Perindu Syahid Ilahi berkata, Al-Quran mengajar manusia untuk menghindari diri daripada perbuatan yang boleh memudaratkan kesihatan termasuk menghisap vape.

“Memang rokok, shisha dan vape tiada dalil yang mengatakan haram dalam al-Quran. Tetapi, benda yang boleh memudaratkan kesihatan perlu ditinggalkan,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s